Monday 12 March 2012

tePoNg koMAK mT kU!


Hye! kenalkan pulak ni MT-MT ku time Family Day. Kakak tudung putih, Kak Sarah dan kakak tudung hitam, Kak Didi. Gambar ni special sikit, sebab diorang baru lepas join running man versi IMKBH (jadi tepong komak la diorang, hehe)

Sepanjang nak berlangsungnya IMKBH ni, diorang la yang banyak berkorban, THANKS KAKAK-KAKAK KU! Macam-macam diorang buat untuk melancarkan semua proses seperti yang dirancangkan sampai tak masuk kelas (kesian tau) pastu tidur kat surau foyer je (lagi kesiaaannn), ish! senang cerita susah la dapat kakak-kakak macam ni yang sanggup berkorban dari segi masa, duit dan tenaga.

Dalam-dalam susah senang diorang, terpancar kegembiraan time last day IMKBH, diorang terharu dan rasa cukup-cukup-cukup gembira kerana telah menjayakan program ini dengan jayanya. CONGRATES KAK!

Apa-apa pun semoga berjaya untuk kakak berdua ni, semoga apa yang dihajati dan yang diimpikan dapat dicapai!

ruNNing mAn versi IMKBH


Ini antara aktiviti-aktiviti terbaik time IMKBH brelangsung.

ni gamba aksi-aksi time running man. diorang kena duduk kat bantal tu sambil jalan itik angkat bantal tu sama-sama. memang kelakar habis! gamba ni untuk demo bagaimana games ni.

lupa pulak nak kenalkan, depan baju kuning tu Haidar, FTSM, tengah-tengah yang tersengeh tu Idris, FUU, belakang kakak comel tu,Kak Nia, KEJUT.

Diorang ni memang happening habis! sebelum ini aku tak pernah tegur diorang, selepas IMKBH wui! macam kawan baik sehidup semati (wah! gi tuu, haha).


fAMly dAY IMKBH!


Family Day Interaksi Mesra Kolej Burhanuddin Helmi (IMKBH) ini telah berlangsung pada 9 dan 10 Mac 2012, bertempat di kolej tercinta ku Kolej Burhanuddin Helmi (KBH).

Sebelum itu, mari berkenalan dengan KP IMKBH, Anuar (nama penuh dia tak ingat la,hehe). Dia seorang yang agak pendiam, kelakar dalam diam, kuat makan (makan tempe dengan kuah sardin, pelik!), poyo (just kidding), walau pun dia ni unik tapi tetap komited dalam kerja.

Aku solute dengan program dia ni sebab dengan adanya IMKBH, kitorang warga KBH semakin rapat dan kenal antara satu sama lain. sama seperti yang dikehendaki dengan KP aku ni, dia tak nak ada jurang antara budak-budak tahun1 dan tahun2 or tahun3. dia berjaya memecah tembok jurang kami! thanks Nuar!

Aku rasa seronok sepanjang family day, walaupun aku tak dapat balik, tapi berbaloi aku join in dalam family day ini.. THANKS TO BURHANESSE! MISS IMKBH!