Monday 2 July 2012

tUNGgu

TUNGGU...

ayat ini selalu kite dengar.. tunggu la jap lagi.. tunggu jap.. tunggu la.. tunggu saye datang..tunggu saya tengah siap nii.. tunggu, mak panggil..tunggu nak, mak datang.. tunggu.. ayat yang senag di sebut..

Tapi, jarang sekali kite dengar orang cakap.. tunggu bile malaikat nak ambil nyawa aku.. kat sini aku nak kongsi ngan korang.. Dulu time arwah abah aku ade, kitorang satu family kat umah.. tertanye2 dengan perangai pelik abah aku.. kenape?? sebab kitorang tak tawu dalam tempoh itu, tempoh 100hari akan pemergian dye.. selalu kat dapo la.. aku masak2 ngan mak. kang tetibe abah cakap "waalaikumsalam.. daah, gi bukak pintu" aku pun jawab, "mane ade orang bahh.. nape abah jawab salam, takde orang pun.." perkara ni berulang-berulang-berulang-berulang kali berlaku.. dulu aku tak faham kenapeee..abah aku ni oke ke tak.. tapi sekarang aku faham ape yang berlaku.. abah di sape beberape kali oleh malaikat.. malaikat datang ingin mengambil abah.. tapi dye rase kan kesian dengan kami yang masih belum rela melepaskan abah pergi..

Kemudian abah mule sakit terok.. mak masih kuat semangat jage abah.. hingga lah, doktor cakap. masa abah dah tibe, panggillah kaum keluarga.. mak cakap kepade aku "dah, kalau nak minta maaf minta maaflah sekarang selagi masih sempat" ayat tu terngiang2 kat telinga aku sebab aku sendiri pun tak mampu terima kenyataan itu.. sehingga lah, 11 november 2011 aku selesai solat subuh, mak ku meraong pakcik ku datang aku??? tak faham ape yang berlaku.. kenape5? abah dah tak de ke.. abah adeee.. abah tak gi mane2.. abah ade lagi laaaahhhhhhh!!! ni semua tipu.. aku tak cayeee.. aku terdudok di lantai.. tak percaye..

itulah maksud TUNGGU yang mendalam bagi akuuuu...

Wednesday 13 June 2012

KAHwin muDA?!

bila la turn aku nak naik pelamin camnii..?? huhu.. tapi, aku t nak pelamin buaian.. hehehe.. detective conan aku dah setuju, hahaha..


Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.
AMINN.. kepade rakan-rakan ku yang hendak berkahwin awal, hara-harap tips ini berguna untuk semua termasuk akuu.. Insya-Allah.. 




Tuesday 29 May 2012

caMerON HighlaNDS

Hye kawan-kawankuuu..
sebenarnya, aku baru balik dari Tanah Tinggi Cameron, hehehe.. sangat seronok walaupun agak penat dan Cameron dah tidak sejuk sangat puunn..
oke, program ini dinamakan Siri Jelajah Melestarikan Alam & Masyarakat, anjuran kelab ekonomi..
kitorang menjayakan program ini bersama Rumah Bakti Al-Kausar yang terdiri daripada 32 orang dan peserta UKM seramai 48 orang..
Aku berharap ini adalah pengalaman manis bagi anak-anak yatim ini bersama pelajar UKM.. Aku memasang niat untuk melakukan program ini dengan berseronok sambil beramal, agar kita sentiasa ingat sebenarnya ada orang yang lagi susah darpadai kita..

inilah gambar budak-budak comel tuuuu...

ini pula pelajar internationa yang turut joined progrm ini.. bangga seehhh!!! huhuhu

inilah gambar kami semasa berada di MARDI Cameron Highlands..

untuk pengetahuan korang, inilah dia KP kepada program ini.. mungkin korang kenal Ismail Faruqi..
KP terbaik la weh! hahaha..yang lain-lain tu adik angkat baru dia, hehehe..

inilah kami semasa nak balik dari MARDI.. terpancar kegembiraan di mata diorang.. harap diorang seronok walaupun penat..

ini pula YDP kelab ekonomi.. dia memang macam ni.. suka perasan.. padan muka gamba dia masuk blog aku, hahaha =P

ini pula, masa bershoppiiiinnggg... macam-macam kerenah diorang ni.. Tapi tu la dia, seronok sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat.. hehehe..

TAHUN2 NANTI AKU NAK BUAT LAGIIIIIIIIII!!! JOIN K!!!












mInggU KelAB eKOnoMI


HYEE..
belek-belek laptop, jumpa pula gamba semasa minggu kelab ekonomi..
Secara kasarnya, pelbagai aktiviti yang kami anjurkan (kelab ekonomi) untuk merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar kos ekonomi dan pengenalan kepada mereka kelab ekonomi ini ternyata wujud..

Ni adalah aktiviti futasal yang dijalanlan di Galaxy..

Ni pula tetamu jemputan kami dari Kelab Ekonomi UPM bersama moderator kami, Prof Madya Dr. Dorish

Seterusnya, ini adalah taklimat kerjaya yang dikhususkan kepada pelajar tahun 2 mengenai prospek pekerjaan pada masa akan datang.


Ini adalah wakil jemputan yang hadir untuk teknik menjawab soalan mikroekonomi dan makroekonomi bagi pelajar-pelajar STPM..

Antara hidangan yang kami taja semasa minggu kelab ekonomi ini.. kalau pandai, cuba teka siapakah ini??? hehehe.. soorryyy.. Jadi model tidak berbayar untuk aku ye.. =P

Inilah AJK Pelaksana yang bertanggungjawab sepanjang minggu kelab ekonomi ini berlangsung..