Monday 2 July 2012

tUNGgu

TUNGGU...

ayat ini selalu kite dengar.. tunggu la jap lagi.. tunggu jap.. tunggu la.. tunggu saye datang..tunggu saya tengah siap nii.. tunggu, mak panggil..tunggu nak, mak datang.. tunggu.. ayat yang senag di sebut..

Tapi, jarang sekali kite dengar orang cakap.. tunggu bile malaikat nak ambil nyawa aku.. kat sini aku nak kongsi ngan korang.. Dulu time arwah abah aku ade, kitorang satu family kat umah.. tertanye2 dengan perangai pelik abah aku.. kenape?? sebab kitorang tak tawu dalam tempoh itu, tempoh 100hari akan pemergian dye.. selalu kat dapo la.. aku masak2 ngan mak. kang tetibe abah cakap "waalaikumsalam.. daah, gi bukak pintu" aku pun jawab, "mane ade orang bahh.. nape abah jawab salam, takde orang pun.." perkara ni berulang-berulang-berulang-berulang kali berlaku.. dulu aku tak faham kenapeee..abah aku ni oke ke tak.. tapi sekarang aku faham ape yang berlaku.. abah di sape beberape kali oleh malaikat.. malaikat datang ingin mengambil abah.. tapi dye rase kan kesian dengan kami yang masih belum rela melepaskan abah pergi..

Kemudian abah mule sakit terok.. mak masih kuat semangat jage abah.. hingga lah, doktor cakap. masa abah dah tibe, panggillah kaum keluarga.. mak cakap kepade aku "dah, kalau nak minta maaf minta maaflah sekarang selagi masih sempat" ayat tu terngiang2 kat telinga aku sebab aku sendiri pun tak mampu terima kenyataan itu.. sehingga lah, 11 november 2011 aku selesai solat subuh, mak ku meraong pakcik ku datang aku??? tak faham ape yang berlaku.. kenape5? abah dah tak de ke.. abah adeee.. abah tak gi mane2.. abah ade lagi laaaahhhhhhh!!! ni semua tipu.. aku tak cayeee.. aku terdudok di lantai.. tak percaye..

itulah maksud TUNGGU yang mendalam bagi akuuuu...

Wednesday 13 June 2012

KAHwin muDA?!

bila la turn aku nak naik pelamin camnii..?? huhu.. tapi, aku t nak pelamin buaian.. hehehe.. detective conan aku dah setuju, hahaha..


Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.
AMINN.. kepade rakan-rakan ku yang hendak berkahwin awal, hara-harap tips ini berguna untuk semua termasuk akuu.. Insya-Allah.. 




Tuesday 29 May 2012

caMerON HighlaNDS

Hye kawan-kawankuuu..
sebenarnya, aku baru balik dari Tanah Tinggi Cameron, hehehe.. sangat seronok walaupun agak penat dan Cameron dah tidak sejuk sangat puunn..
oke, program ini dinamakan Siri Jelajah Melestarikan Alam & Masyarakat, anjuran kelab ekonomi..
kitorang menjayakan program ini bersama Rumah Bakti Al-Kausar yang terdiri daripada 32 orang dan peserta UKM seramai 48 orang..
Aku berharap ini adalah pengalaman manis bagi anak-anak yatim ini bersama pelajar UKM.. Aku memasang niat untuk melakukan program ini dengan berseronok sambil beramal, agar kita sentiasa ingat sebenarnya ada orang yang lagi susah darpadai kita..

inilah gambar budak-budak comel tuuuu...

ini pula pelajar internationa yang turut joined progrm ini.. bangga seehhh!!! huhuhu

inilah gambar kami semasa berada di MARDI Cameron Highlands..

untuk pengetahuan korang, inilah dia KP kepada program ini.. mungkin korang kenal Ismail Faruqi..
KP terbaik la weh! hahaha..yang lain-lain tu adik angkat baru dia, hehehe..

inilah kami semasa nak balik dari MARDI.. terpancar kegembiraan di mata diorang.. harap diorang seronok walaupun penat..

ini pula YDP kelab ekonomi.. dia memang macam ni.. suka perasan.. padan muka gamba dia masuk blog aku, hahaha =P

ini pula, masa bershoppiiiinnggg... macam-macam kerenah diorang ni.. Tapi tu la dia, seronok sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat.. hehehe..

TAHUN2 NANTI AKU NAK BUAT LAGIIIIIIIIII!!! JOIN K!!!












mInggU KelAB eKOnoMI


HYEE..
belek-belek laptop, jumpa pula gamba semasa minggu kelab ekonomi..
Secara kasarnya, pelbagai aktiviti yang kami anjurkan (kelab ekonomi) untuk merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar kos ekonomi dan pengenalan kepada mereka kelab ekonomi ini ternyata wujud..

Ni adalah aktiviti futasal yang dijalanlan di Galaxy..

Ni pula tetamu jemputan kami dari Kelab Ekonomi UPM bersama moderator kami, Prof Madya Dr. Dorish

Seterusnya, ini adalah taklimat kerjaya yang dikhususkan kepada pelajar tahun 2 mengenai prospek pekerjaan pada masa akan datang.


Ini adalah wakil jemputan yang hadir untuk teknik menjawab soalan mikroekonomi dan makroekonomi bagi pelajar-pelajar STPM..

Antara hidangan yang kami taja semasa minggu kelab ekonomi ini.. kalau pandai, cuba teka siapakah ini??? hehehe.. soorryyy.. Jadi model tidak berbayar untuk aku ye.. =P

Inilah AJK Pelaksana yang bertanggungjawab sepanjang minggu kelab ekonomi ini berlangsung..







Saturday 5 May 2012

DInnER koLeJ Ku!


Assalammulaikum dan selamat awal pagiiii!!! 
(sebab aku update blog awal-awal pagi, hahaha)
4 mei 2012, KOLEJ BURHANUDDIN HELMI ku telah mengadakan makan malam besar-besaran bersama semua warga kolej.. Kitorang agak excited sebenarnya dengan dinner kolej ni! mana taknya, aku paksa roomate-ku dan jiran-jiranku beli kasut tinggi (wedges laa) dan baju baru (tema white prism), dah macam nak raya kan?? hahaha +__+ .. tapi aku seronok tengok diorang beli barang-barang (jadi penasihat pakaian, kononnya! hahaha) . Gamba atas ni jadi wall untuk desktop laptop aku, hihihi =) ..

Meh la tengok bawah-bawah lagiiii........

ni jiran-jiran kbh-kuuuuu!

ni pulak, roomate-kuuu.. bersama jiran ku.. wah-wah! mesra nampakkkk..(cemburu ni, hahaha)

yang ni calon-calon ustazah pilihan (kononnya, hahaha).. ada yang available, ada yang married, ada yang engaged, ada yang not available, ada yang ssshhhhhh! hehehe.

ni pulak bukan tukang kebun taw! jahat korang kalau fikir begituuu, nononono! hehehe.. cuba korang tengok betul-betul, ni KP aku masa IMKBH sebelum ni. dia terlalu aktif (dalam dectar pun berpeluh, penat yeeee) hehehe.. cuma tertanya-tanya, mana spec dia??? (dia tak pakai lens pun)

aku suka gamba yang ni.. menunjukkan ke-natural-an semua orang, hehehe.. kami orang-orang baiikkkk.. kawan-kawan kami semua baik-baikkk.. takde yang jahat-jahaaaattt... huhuhu ^___^

wuuiii! aku dengan roomate aku menang award! princess and queen, hahaha! of course la, i'm the queen! hahaha! =P

the last but not least (nak tengok yang lain jumpa aku), baloon ni menjadi perhatian ramai termasuk diriku, hehehe.. yang penting, lawa kan  baju-baju kitorang??? wahh! hahaha

TRIMAS! =)








Tuesday 24 April 2012

tuDUng Ku!


hahaha!
tiba-tiba rajin pulak nak buat new post.. saja jeeerrrr... (sebenarnya nak tunjuk beli tudung baru tadi) hahahaha!
semalam beli warna hitam (1 tone) rm6 + orange (2 tone) rm8 = rm14
hari ni pulak, beli warna coklat (1 tone) rm6 + biru tua (batu) rm15 = rm20 (dapat diskaun rm1, hikhikhik)
ini antara tudung-tudung yang akan digunakan time raya nantiiiiii, awalkan? hahahaha
tahun ni baju raye dah ada tujuh kot, tapi dah ada yang diguna, hehehe =)
Tahun ni mesti sunyi, raya takde abah, tak dengar abah bising-bising suruh kemas rumah, lap cermin kelilin rumah, vakum rumah, mop luar dan dalam.. MESTI RINDU.. mak pun mesti tak kuat sangat raya nanti.. aku lah yang kena kuat.. go! go! go! go! schuuuuuuuuuddddd! u can face it! (+__+)("")

HoW aBout U?


single?
single and available?
single and not available?
in relationship?
engaged?
married?
complecated?


Monday 23 April 2012

AniMaTIon Pull FacE!


hahaha! ni gamba kwan-kawan ku tiduuurrr time kuliah umum kat DECTAR, hahaha!
aku edit dalam pull face jadi macam ni, hahaha! mula-mula nak letak kat wall fb, p tak jadi la, aku letak kat blog je. hehehe..
khusyuk nya tiduuurrr.... hahaha!
lain kali tidur lah sebelah sku lagiiiiiiiiiiiiiiiii...
HAHAHAHA! tapi comel kaaaannnnnn... hehehe =P

SpeC!

Hye kawan-kawan kuuu!
Hari tu kan spec ku pecah (terpijak) hehehe.. diorang kata aku ganas (suka-suka hati je) hahaha..
Then, time cuti mid term, aku jalan-jalan pergi kedai spec.. Detective Conan au kata, kat 100 Vision murah, aku pun try ke sana, tengok-tengok memang murah tapi designnya tak lawa pulak, tak berkenan aku..
Then, aku jalan-jalan lagi sekitar Meru, 4buah kedai spec aku survey, hehehe.. dan aku jumpa yang the best! (kat gamba atas ni la) warna dark grey.. harga rm400.. 
Mula-mula, aku nak buat cermen biasa je, bingkai rm170 (after less) + cermin biasa rm80 = rm250..
kemudian, second choice bingkai yang sama rm170 + cermin uv rm 100 = rm270..
The last one that i chose, bingkai rm170 + cermin full package (uv, nipis, protector) rm 250 = rm420 tapi mintak kurang-kurang-kurang dapatlah rm400..
aku bukan nak pilih yang mahal, cuma kita ni sering lupa yang kesihatan mata perlu jaga jugak.. apalah sangat rm400 untuk 2 tahun kan? jom kita kira, rm400/2tahun/24bulan/30 hari = rm0.28 SAHAJA SEHARI!
MURAAAAAAHHHHHHH for long term!

Epy bEzdaY!


hehe.. ini asalnya, aku bosan-bosan dalam kelas, kepala otak dah tepu, mana taknya 3jam kelas, so aku pun conteng-conteng.. dan inilah hasil nukilan tangan ku, hehehe.. ada yang puji aku boleh jadi cartoonist, hahaha.. Pastuuuuuuuuuuuuuuuuuu.................

hahaha! kemudian aku aplikasikan hasil nukilan tanganku itu untuk hadiah kepada Detective Conan ku, hehehe.. Aku jarang bagi dia hadiah time birthday (kedekut) hahaha! So. aku buat sendiri, hehehe.. tapi aku memang suka buat hadiah sendiri, tak kiralah bagi sapa-sapa pun, aku suka! =)
Dah tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu........
Kemudian, aku pun try-try la buat kek batik, huhuhu.. Detective Conan ni allergic susu (tak kira lah susu tepung ke, susu cair ke atau susu pekat).. So, aku buat kek batik tanpa susu dan telur.. menjadi dan sedap katanya, hahaha! Self esteem aku pun naik satu level! hahaha.. 
Itu lah kesah nya kali niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...........................

baJu niKah daH siAp!



hahaha! terkejut tak?
ni baju nikah aku (kononnya), hehehe..
yelaaa.. post yang lepas kan aku cerita tentang ular nak patuk, so yang ini aku nak cerita baju nikah aku dah siap, hahaha! =P
Cerita pasal kahwin ni, dulu angan-angan aku satu family besar kalau nak buat walimatul urus untuk aku nanti.. time tu impian kitorang mak kata kena pasang lebih 10 khemah, isu nya macam tak muat je halaman rumah ni, hahaha.. abah pulak nak buat gerai makan, kiranya ada special stations.. ada station mee sahaja (mee/bihun sup, bandung, jawa. laksa).. Yang aku pulak nak ada station cendol Pak Akob Seksyen 16 Shah Alam.. orang kata, cendol pak akob tu cendol Di Raja, sebabnya selalu Sultan Selangor akan order cendol Pak Akob kalau buat open house.. tapi cendop Pak Akob memang sedap weehhh! Tip Top!
Tapi sekarang abah dah takde, eemmm.. aku pun ubah niatku, aku ingat nak buat majlis nikah je.. Insya-Allah, nanti aku jemput korang semuaaaa, hahaha!



tolONg, ulaaRR!


tolooonggg!! ULAAARR!
Itulah jeritanku, hahaha!
Aku yang nampak ular ni.. Time tu, aku baru balik dari rumah makcik aku depan rumah, sekali nak naik tangga masuk rumah aku, aku nampak ular tedung ni dah tegak taw dan kepala dia dah kembang macam nak attack aku lah, aku pun menjeritlah, hehehe.. Walaupun ini anak ular tedung, tetap bahaya taw..
Ingat, tips di sini, kalau korang pun terjumpa ular, cepat-cepat jerit minta tolong, hehehe
Ini adalah pengalaman kedua aku jumpa ular ang nak attack aku, tapi orang kata kalau kita mimpi dipatuk ular, maksudnya ada orang nak masuk meminang, tapi macam mana pulak dengan realiti kalau nak dipatuk ular yeeee?????
(") (*__*) (")



nAk piNdaH!


hahaha! 
aku belek-belek camera album ni, sekali jumpa pulak gamba time first packing nak masuk UKM ni, hehehe.. banyak seh!
tu la orang kata, orang perempuan ni banyak barangnya.. hahaha,, mugkin aku kena setuju laaa..sebabnya, minggu depannya aku tambah barang lagiiii.. hihihi..
Time hantar aku ke UKM ni, mak, makcik, dan aku sahaja.. time tu abah kurang sihat, abah tak dapat ikut, lagi pun kalau abah ikut mesti abah penat, kesian abah =(
tapi, another two weeks abah datang jugak ke UKm ni..
Thanks abah =)

kEAjaiBAn!


Haaaa! cube teka!?
jawapan nyeeeeeee....
POKOK NENAS!
pakcik yang jumpa.. kat ladang nenas dia.. dia kata maybe ade 3buah nenas yang bercantum jadi bentuk bunga macam ni..
aku ingat hari tu nak sms kat kosmo ruangan gamba-gamba pelik, biar famous sikit, hahaha!
tapi sebenarnya di sebalik kejadian ini ada hikmahnya yang bermaksud ini juga adalah ciptaan Tuhan.. Allah mampu mencipta apa sahaja yang dikehendaki-Nya, hanya Allah yang mampu menetukan segala-galanya.. Jadi, kita janganlah leka dan alpa.. Sentiasa bersyukur apa yang dikurniakan.. +_+

Monday 12 March 2012

tePoNg koMAK mT kU!


Hye! kenalkan pulak ni MT-MT ku time Family Day. Kakak tudung putih, Kak Sarah dan kakak tudung hitam, Kak Didi. Gambar ni special sikit, sebab diorang baru lepas join running man versi IMKBH (jadi tepong komak la diorang, hehe)

Sepanjang nak berlangsungnya IMKBH ni, diorang la yang banyak berkorban, THANKS KAKAK-KAKAK KU! Macam-macam diorang buat untuk melancarkan semua proses seperti yang dirancangkan sampai tak masuk kelas (kesian tau) pastu tidur kat surau foyer je (lagi kesiaaannn), ish! senang cerita susah la dapat kakak-kakak macam ni yang sanggup berkorban dari segi masa, duit dan tenaga.

Dalam-dalam susah senang diorang, terpancar kegembiraan time last day IMKBH, diorang terharu dan rasa cukup-cukup-cukup gembira kerana telah menjayakan program ini dengan jayanya. CONGRATES KAK!

Apa-apa pun semoga berjaya untuk kakak berdua ni, semoga apa yang dihajati dan yang diimpikan dapat dicapai!

ruNNing mAn versi IMKBH


Ini antara aktiviti-aktiviti terbaik time IMKBH brelangsung.

ni gamba aksi-aksi time running man. diorang kena duduk kat bantal tu sambil jalan itik angkat bantal tu sama-sama. memang kelakar habis! gamba ni untuk demo bagaimana games ni.

lupa pulak nak kenalkan, depan baju kuning tu Haidar, FTSM, tengah-tengah yang tersengeh tu Idris, FUU, belakang kakak comel tu,Kak Nia, KEJUT.

Diorang ni memang happening habis! sebelum ini aku tak pernah tegur diorang, selepas IMKBH wui! macam kawan baik sehidup semati (wah! gi tuu, haha).


fAMly dAY IMKBH!


Family Day Interaksi Mesra Kolej Burhanuddin Helmi (IMKBH) ini telah berlangsung pada 9 dan 10 Mac 2012, bertempat di kolej tercinta ku Kolej Burhanuddin Helmi (KBH).

Sebelum itu, mari berkenalan dengan KP IMKBH, Anuar (nama penuh dia tak ingat la,hehe). Dia seorang yang agak pendiam, kelakar dalam diam, kuat makan (makan tempe dengan kuah sardin, pelik!), poyo (just kidding), walau pun dia ni unik tapi tetap komited dalam kerja.

Aku solute dengan program dia ni sebab dengan adanya IMKBH, kitorang warga KBH semakin rapat dan kenal antara satu sama lain. sama seperti yang dikehendaki dengan KP aku ni, dia tak nak ada jurang antara budak-budak tahun1 dan tahun2 or tahun3. dia berjaya memecah tembok jurang kami! thanks Nuar!

Aku rasa seronok sepanjang family day, walaupun aku tak dapat balik, tapi berbaloi aku join in dalam family day ini.. THANKS TO BURHANESSE! MISS IMKBH!

Wednesday 22 February 2012

CebISAN riNdU

nada tahu abah ada kat luar sana
tempat yang sangat jauh
nada nak abah balik
nada nak abah balik

jiran-jiran cakap nada gila
tapi diorang tak faham
abah la segala-galanya yang nada ada
abah la segala-galanya yang nada ada

pada waktu malam
bintang menerangi bilik
nada duduk sorang-sorang

cakap dengan bintang untuk dapatkan abah
dengan harapan abah pun cakap dengan nada dari sana
oh, nada bodoh duduk sorang-sorang cakap dengan bulan

nada rasa nada terkenal
pengacara di bandar ini
diorang cakap nada dah gila
yeah! nada dah gila

tapi diorang tak tahu apa yang nada tahu
kerana bila mentari terbenam
diorang cakap balik
yeah! dirang cakap balik

pada waktu malam
bintang menerangi bilik
nada duduk sorang-sorang

cakap dengan bintang untuk dapatkan abah
dengan harapan abah pun cakap dengan nada dari sana
oh, nada bodoh duduk sorang-sorang cakap dengan bulan

abah pernah tak dengar nada panggil?

kerana setiap malam
nada cakap dengan bintang untuk dapatkan abah
dengan harapan abah pun cakap dengan nada dari sana
oh, nada vodoh duduk sorang-sorang cakap dengan bulan

nada tahu abah ada di suatu tempat di sana
tempat yang sangat jauh.......

NADA SENTIASA RINDUKAN ABAH :')

SpeCIAl BUat AbaH..