Tuesday 24 April 2012

tuDUng Ku!


hahaha!
tiba-tiba rajin pulak nak buat new post.. saja jeeerrrr... (sebenarnya nak tunjuk beli tudung baru tadi) hahahaha!
semalam beli warna hitam (1 tone) rm6 + orange (2 tone) rm8 = rm14
hari ni pulak, beli warna coklat (1 tone) rm6 + biru tua (batu) rm15 = rm20 (dapat diskaun rm1, hikhikhik)
ini antara tudung-tudung yang akan digunakan time raya nantiiiiii, awalkan? hahahaha
tahun ni baju raye dah ada tujuh kot, tapi dah ada yang diguna, hehehe =)
Tahun ni mesti sunyi, raya takde abah, tak dengar abah bising-bising suruh kemas rumah, lap cermin kelilin rumah, vakum rumah, mop luar dan dalam.. MESTI RINDU.. mak pun mesti tak kuat sangat raya nanti.. aku lah yang kena kuat.. go! go! go! go! schuuuuuuuuuddddd! u can face it! (+__+)("")

HoW aBout U?


single?
single and available?
single and not available?
in relationship?
engaged?
married?
complecated?


Monday 23 April 2012

AniMaTIon Pull FacE!


hahaha! ni gamba kwan-kawan ku tiduuurrr time kuliah umum kat DECTAR, hahaha!
aku edit dalam pull face jadi macam ni, hahaha! mula-mula nak letak kat wall fb, p tak jadi la, aku letak kat blog je. hehehe..
khusyuk nya tiduuurrr.... hahaha!
lain kali tidur lah sebelah sku lagiiiiiiiiiiiiiiiii...
HAHAHAHA! tapi comel kaaaannnnnn... hehehe =P

SpeC!

Hye kawan-kawan kuuu!
Hari tu kan spec ku pecah (terpijak) hehehe.. diorang kata aku ganas (suka-suka hati je) hahaha..
Then, time cuti mid term, aku jalan-jalan pergi kedai spec.. Detective Conan au kata, kat 100 Vision murah, aku pun try ke sana, tengok-tengok memang murah tapi designnya tak lawa pulak, tak berkenan aku..
Then, aku jalan-jalan lagi sekitar Meru, 4buah kedai spec aku survey, hehehe.. dan aku jumpa yang the best! (kat gamba atas ni la) warna dark grey.. harga rm400.. 
Mula-mula, aku nak buat cermen biasa je, bingkai rm170 (after less) + cermin biasa rm80 = rm250..
kemudian, second choice bingkai yang sama rm170 + cermin uv rm 100 = rm270..
The last one that i chose, bingkai rm170 + cermin full package (uv, nipis, protector) rm 250 = rm420 tapi mintak kurang-kurang-kurang dapatlah rm400..
aku bukan nak pilih yang mahal, cuma kita ni sering lupa yang kesihatan mata perlu jaga jugak.. apalah sangat rm400 untuk 2 tahun kan? jom kita kira, rm400/2tahun/24bulan/30 hari = rm0.28 SAHAJA SEHARI!
MURAAAAAAHHHHHHH for long term!

Epy bEzdaY!


hehe.. ini asalnya, aku bosan-bosan dalam kelas, kepala otak dah tepu, mana taknya 3jam kelas, so aku pun conteng-conteng.. dan inilah hasil nukilan tangan ku, hehehe.. ada yang puji aku boleh jadi cartoonist, hahaha.. Pastuuuuuuuuuuuuuuuuuu.................

hahaha! kemudian aku aplikasikan hasil nukilan tanganku itu untuk hadiah kepada Detective Conan ku, hehehe.. Aku jarang bagi dia hadiah time birthday (kedekut) hahaha! So. aku buat sendiri, hehehe.. tapi aku memang suka buat hadiah sendiri, tak kiralah bagi sapa-sapa pun, aku suka! =)
Dah tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu........
Kemudian, aku pun try-try la buat kek batik, huhuhu.. Detective Conan ni allergic susu (tak kira lah susu tepung ke, susu cair ke atau susu pekat).. So, aku buat kek batik tanpa susu dan telur.. menjadi dan sedap katanya, hahaha! Self esteem aku pun naik satu level! hahaha.. 
Itu lah kesah nya kali niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...........................

baJu niKah daH siAp!



hahaha! terkejut tak?
ni baju nikah aku (kononnya), hehehe..
yelaaa.. post yang lepas kan aku cerita tentang ular nak patuk, so yang ini aku nak cerita baju nikah aku dah siap, hahaha! =P
Cerita pasal kahwin ni, dulu angan-angan aku satu family besar kalau nak buat walimatul urus untuk aku nanti.. time tu impian kitorang mak kata kena pasang lebih 10 khemah, isu nya macam tak muat je halaman rumah ni, hahaha.. abah pulak nak buat gerai makan, kiranya ada special stations.. ada station mee sahaja (mee/bihun sup, bandung, jawa. laksa).. Yang aku pulak nak ada station cendol Pak Akob Seksyen 16 Shah Alam.. orang kata, cendol pak akob tu cendol Di Raja, sebabnya selalu Sultan Selangor akan order cendol Pak Akob kalau buat open house.. tapi cendop Pak Akob memang sedap weehhh! Tip Top!
Tapi sekarang abah dah takde, eemmm.. aku pun ubah niatku, aku ingat nak buat majlis nikah je.. Insya-Allah, nanti aku jemput korang semuaaaa, hahaha!



tolONg, ulaaRR!


tolooonggg!! ULAAARR!
Itulah jeritanku, hahaha!
Aku yang nampak ular ni.. Time tu, aku baru balik dari rumah makcik aku depan rumah, sekali nak naik tangga masuk rumah aku, aku nampak ular tedung ni dah tegak taw dan kepala dia dah kembang macam nak attack aku lah, aku pun menjeritlah, hehehe.. Walaupun ini anak ular tedung, tetap bahaya taw..
Ingat, tips di sini, kalau korang pun terjumpa ular, cepat-cepat jerit minta tolong, hehehe
Ini adalah pengalaman kedua aku jumpa ular ang nak attack aku, tapi orang kata kalau kita mimpi dipatuk ular, maksudnya ada orang nak masuk meminang, tapi macam mana pulak dengan realiti kalau nak dipatuk ular yeeee?????
(") (*__*) (")



nAk piNdaH!


hahaha! 
aku belek-belek camera album ni, sekali jumpa pulak gamba time first packing nak masuk UKM ni, hehehe.. banyak seh!
tu la orang kata, orang perempuan ni banyak barangnya.. hahaha,, mugkin aku kena setuju laaa..sebabnya, minggu depannya aku tambah barang lagiiii.. hihihi..
Time hantar aku ke UKM ni, mak, makcik, dan aku sahaja.. time tu abah kurang sihat, abah tak dapat ikut, lagi pun kalau abah ikut mesti abah penat, kesian abah =(
tapi, another two weeks abah datang jugak ke UKm ni..
Thanks abah =)

kEAjaiBAn!


Haaaa! cube teka!?
jawapan nyeeeeeee....
POKOK NENAS!
pakcik yang jumpa.. kat ladang nenas dia.. dia kata maybe ade 3buah nenas yang bercantum jadi bentuk bunga macam ni..
aku ingat hari tu nak sms kat kosmo ruangan gamba-gamba pelik, biar famous sikit, hahaha!
tapi sebenarnya di sebalik kejadian ini ada hikmahnya yang bermaksud ini juga adalah ciptaan Tuhan.. Allah mampu mencipta apa sahaja yang dikehendaki-Nya, hanya Allah yang mampu menetukan segala-galanya.. Jadi, kita janganlah leka dan alpa.. Sentiasa bersyukur apa yang dikurniakan.. +_+